Zidane Kena Kad Merah Kerana Lidah Materazzi

Peristiwa Zidane menanduk muka pemain Itali di perlawanan akhir Piala Dunia tempohari melakarkan sejarah baru dan menjadi buah mulut semua. Ada yang mengambilnya sebagai bahan cerita lucu dan juga permainan online. Dalam temuramah terbarunya, Zidane berkata dia lebih memilih untuk menumbuk muka Materazzi dibanding hantuk guna kepala, kerana kata-kata Materazzi. Berita lanjut
Lidah merupakan anggota badan yang tak bertulang tapi cukup tajam. Lebih tajam dari mata pedang. Dengan lidah manusia boleh berhujah, mengumpat, makan, minum, menjelir, cuci gigi, merasa, memuji dan banyak lagi. Namun hanya beberapa kerat yang menggunakan untuk menyebarkan ilmu Allah, bertasbih atau beristighfar. Tuhan menjadikannya untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat. Terutamanya untuk bertaubat.
Antara kelebihan kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW ialah Allah memberikan kita masa untuk bertaubat jika kita melakukan dosa. Tidak seperti umat nabi yang terdahulu. Balasannya serta merta.
Jgn anggap remeh tentang dosa. Selalu berangan-angan Allah itu maha pengampun, dan kita tidak risau kerana pemahaman kita menganggap membersihkan dosa adalah senang. Macam cuci tangan. Memang Allah Maha Pengampun tetapi silap cara kita menangani dosa.
Org yg mati berdosa akan bertemu dgn Allah dlm keadaan kotor. Kita ke office, anak ke sekolah, ke pasar, ke kedai, mana ada berpakaian yg kotor. Kita harus bersihkan bukan saja luaran tetapi juga dalaman, iaitu hati kita. Malah, sepatutnya usaha membersihkan hati/dosa kita harus dilebihkan.
Allah sudah memberi amaran kpd kita dalam Surah Thaha:74, tapi kita masih degil.
Dlm keadaaan yg digambarkan oleh Allah kpd org yg berdosa dlm Surah di atas, di neraka Jahanam tersebut dia diumpamakan tidak hidup dan dia tak mati. Penuh dengan keseksaan.
Kita boleh umpamakan, bertaubat ini adalah wajib. Jgn berselesa dgn dosa, kerana keselesaan ini malah menimbunkan lagi dosa2.
Kita ada dosa tapi sedar diri, ada kebaikan tapi tak nampak dan tak diamalkan. Bukan tiada ulama di M’sia, bukan tiada quran dan kitab di M’sia, tapi kerana degil.
Rumah kita, kita pasang alarm utk menghalang pencuri masuk. Tetapi kita tidak memasang alarm utk hati kita utk menghalang syaitan menguasainya.
Jika kita tak bertaubat, bukan sahaja kita akan tidak selamat dengan azab Allah pada bila2 masa. malah sudah dijanjikan neraka. Hidup manusia penuh dengan seksa dan gelisah kerana dosa2 yg mereka lakukan. Keadaan ini berlaku kerana Allah mengkifarahkan dosa mereka di dunia.
Sentiasalah mengajar lidah kita utk beristighfar. Bukan diguna untuk mengutuk atau menghina orang. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata, muka kena tanduk ...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home